PROFIL SAYA DrN.Luqman Selva Bin Abdullah- PENGASAS LUQMAN HERBS CENTRE (Updated- April 5, 2018)
Assalamualaikum, Ramai pula berminat nak baca tentang diri saya. Sebenarnya, saya menulis blog ini untuk berkongsi pengalaman merawat pesakit-pesakit saya selama hampir 26 tahun di Malaysia dan selama 500 tahun dalam keturunan saya. Perubatan India Klasik yang kami amalkan ini telah pun diubah suai untuk kesesuaian masyarakat Melayu dan yang beragama Islam . Selain itu, pesakit bangsa India dan Cina turut mengunjungi Premis saya di Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan alami yang bebas dadah daripada tiga perawat pilihan mereka iaitu Suha yang merupakan Puteri sulung saya, HDr Asyikin dan juga HDr Bathmini yang merupakan Homeopaths yang berkelulusan dari Cyberjaya University of Medical Science yang telah dilatih di bawah bimbingan saya untuk merawat pesakit. CARTA LUQMAN HERBS CENTRE Baiklah sedikit info tentang latar belakang saya pula, saya telah berkecimpung dalam bidang herba dan rawatan alami ini sejak berusia 10 tahun . Hal ini kerana saya memang berasal