KONSEP RAWATAN AYUR-NATUROPATI NDr LUQMAN (LUQMAN HERBS CENTRE- Updated - 2018)



Ayurveda yang telah mempunyai sejarah bertulis selama 3000 tahun mempunyai konsep dan metodologi rawatan yang unik dan tersendiri. Kalau sekarang sains dan teknologi menggunakan teori-teori sains barat dalam menerangkan sesuatu fenomena tentang kesihatan atau rawatan begitu juga pada zaman sebelum wujudnya sains barat terdapat satu sistem yang berdasarkan kepada elemen alam semula jadi iaitu angin, api,air,tanah dan ruang digunakan secara meluas untuk menerangkan sebab-sebab terjadinya suatu penyakit serta teknik untuk memulihkanya.

Konsep 5 Unsur Alam (Panca Bhotha) 


Konsep ini mengatakan bahawa manusia ini ialah satu unit kecil (microsom) dan merupakan salah satu komponen alam semesta (makrosom), perubahan pada makrosom mempengaruhi unit kecil (mikrosom) kerana keduanya dibuat daripada lima komponen yang sama seperti yang telah disebutkan tadi.


Konsep Tiga Dosha (Tridosham)
           
Konsep ini menyatakan dalam badan manusia terdapat tiga jenis gerakan tenaga hayat (vital force) yang tidak boleh dilihat tapi boleh dirasai, tenaga-tenaga ini memainkan peranan penting dalam memastikan semua organ badan berfungsi dengan baik. Kalau berlakunya perubahan atau kepincangan dalam pengaliran tenaga hayat ini maka badan akan mulai rasa tanda-tandanya. Ini berlaku supaya manusia dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengubah kembali aliran tenaga hayat itu ke keadaan asalnya dan melindungi badan manusia itu dari ancaman penyakit. Penyakit dikatakan terjadi hanya apabila tenga hayat itu telah dirosakkan atau aliran tenga hayat itu tidak lagi dapat dipulihkan sendirinya oleh badan seseorang manusia itu.

VathaPitha dan Kapha merupakan aliran tenaga yang dimaksudkan.

Contoh Kepincangan aliran Vatha : Sakit Sendi (Rheumatism), kebas(numbness) dan kerap kentut (flatus).

Contoh Kepincangan aliran Pitha : Kurang hadam makanan (indigestion), susah tidur (insomnia), panas badan( heaty body), ruam tanpa sebab (rashes).


Contoh Kepincangan aliran Kapha : Berat badan bertambah (weight gain), malas (laziness), tangguh kerja (Delay in work), resdung (sinus), bau badan (body odour).

  Pada tahap awal rawatan untuk memulihkan aliran tenaga hayat adalah jauh lebih mudah daripada selepas ianya menjadi kronik dan memerlukan rawatan untuk jangka masa yang lebih lama. Seseorang pengamal perubatan Ayurveda (Vaidya) boleh mengenal pasti kepincangan tersebut dan mengamalkan rawatan untuk memulihkan pengaliran tenaga hayat tersebut agar seseorang itu menjauhi penyakit yang bakal tiba. 

UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI LAMAN WEB KAMI HANYA DI
https://luqmanherbscentreo.wixsite.com/luqmanherbscentre    
Atau Hubungi kami di talian 03-89280715 (LUQMAN HERBS CENTRE)



Sebarang pertanyaan berkaitan artikel dan blog ini boleh hubungi/Whatsapp : +60102465160(Ms.Suha). 

Comments

Post a Comment