PROFIL SAYA DrN.Luqman Selva Bin Abdullah- PENGASAS LUQMAN HERBS CENTRE (Updated- April 5, 2018)


Assalamualaikum,

  Ramai pula berminat nak baca tentang diri saya. Sebenarnya, saya menulis blog ini untuk berkongsi pengalaman merawat pesakit-pesakit saya selama hampir 26 tahun di Malaysia dan selama 500 tahun dalam keturunan saya. Perubatan India Klasik yang kami amalkan ini telah pun diubah suai untuk kesesuaian masyarakat Melayu dan yang beragama Islam . Selain itu, pesakit bangsa India dan Cina turut mengunjungi Premis saya di Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan alami yang bebas dadah daripada tiga perawat pilihan mereka iaitu Suha yang merupakan Puteri sulung saya, HDr Asyikin dan juga HDr Bathmini yang merupakan Homeopaths yang berkelulusan dari Cyberjaya University of Medical Science yang telah dilatih di bawah bimbingan saya untuk merawat pesakit.


CARTA LUQMAN HERBS CENTRE
  Baiklah sedikit info tentang latar belakang saya pula, saya telah berkecimpung dalam bidang herba dan rawatan alami ini sejak  berusia 10 tahun . Hal ini kerana saya memang berasal dari keturunan Vaidya , yang telah mengamalkan rawatan alami sejak beratus tahun. Arwah ayah saya pula memang terkenal di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang sebagai pakar merawat masalah rambut dan penyakit yang lain. Walaupun Arwah ayah saya tidak menjadikan rawatan alami sebagai punca pendapatan utama , namun aktiviti arwah bapa saya telah memberikan inspirasi dan impak dalam kehidupan saya di awal usia untuk mendekati rawatan alami yang telah diwarisi oleh keturunan saya yang berasal dari Ramnad, India.

  Pada masa kini, kami masih lagi merawat masalah rambut yang dikenali sebagai Alopecia Earata namun ramai yang tidak tahu tentang rawatan yang kami tawarkan. Amat sayang sekali! Baiklah, kembali kepada profil saya pula.


  Luqman Herbs Centre diasaskan oleh saya Vaidya DrN Luqman. Saya dilahirkan pada tahun 1967 di Balik Pulau, Pulau Pinang dan telah mendapat pendidikan awal di Balik Pulau sebelum saya melanjutkan pelajaran perubatan herba di India. Saya mewarisi kaedah perubatan herba Ayurveda yang menggunakan Kaedah Herba dan alami dari arwah ayah saya dan juga telah menimba ilmu dan pengalamanan sebagai perawat dan secara tidak langsung mewarisi banyak formula-formula herba.


  Selapas tamatnya STPM, saya telah melanjutkan  pelajaran ilmu perubatan herba warisan keluarga dengan merantau ke India untuk terus mewarisi ilmu perubatan dari Mendiang Datuk saya yang berada di Manangkudi, Selatan India. Mendiang Datuk adalah seorang pakar perubatan Ayurveda selatan.(Siddha Vaidya) yang terkenal dan mempunyai pusat rawatanny di situ. Banyak rahsia dan ilmu perubatan herba serta ilmu titik varma(Urat) telah dipelajari dan diwariskan kepada saya dari Mendiang Datuk Manangkudi Alagar Vaidya. Dalam satu upacara adat Vaidya, Vaidya Alagar telah mengiktiraf saya sebagai pewaris sistem rawatan herba turun-temurun keluarganya.

  Pengajian perubatan herba telah membawa saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di kollimalai Sidhha Siddhasramam Gurukulam di Selatan India dan telah endapat Diploma dalam bidangn perubatan Herba dan Siddha. Guru yang telah mengajar saya pada masa itu bernama Vaidya Dr.Selvaraj dan memang Popular di Selatan India dalam rawatan menggunakan Herba.

  Sekembalinya ke Malaysia, saya memulakan rawatan herba secara kecil kecilan di Balik Pulau, Pulau Pinang dan menjadi popular di kalangan masyarakat setempat.




  Saya memeluk islam ketika berusia 30 an dan mula berhijrah dari Balik Pulau ke ibu kota selepas pengislamannya dan mengasaskan Luqman Wellness Centre di Subang Jaya. Disamping berkhidmat sebagai perawat Ayurveda-Naturopati pada hari ini,saya juga mula berkecimpung dalam bidang pendidikan dengan mengajar ilmu perubatan herba yang diwarisi kepada beberapa anak murid beliau yang berminat dalam perubatan herba. Minat yang mendalam dalam perubatan herba disamping sifat semulajadi sebagai pendidik mendorong saya mengajar dan menurunkan ilmu yang diwarisi kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.




UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI LAMAN WEB KAMI HANYA DI
https://luqmanherbscentreo.wixsite.com/luqmanherbscentre

Sebarang pertanyaan berkaitan artikel dan blog ini boleh hubungi/ Whatsapp (Ms.Suha) : +60102465160    

Atau Hubungi kami di talian 03-89280715/ Whatsapp ke talian 012 9160037 (Admin Pusat Rawatan)


  


Comments

HOT POST