Kenapa Perlu Buat Saringan Kesihatan Hati/Liver ? (Updated NDr Luqman Selva-2018)

  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bertemu kita kembali dalam celoteh pagi ini. Tuan-tuan dan Puan-puan dan para pelanggan sekalian yang sedang mangambil rawatan yang sedang makan produk-produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dari Luqman Herbs Centre, Terima kasih kerana sokongan daripada anda telah melonjakkan kami bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa.


Tuan-tuan dan Puan-puan,
selalunya pesakit yang datang kepada kami bukanlah pesakit yang menghadapi masalah yang biasa seperti selesema, hingus, batuk dan lain-lain tetapi pesakit-pesakit yang telah melakukan rawatan kimia iaitu rawatan moden selama beberapa tahun sebelum datang kepada kami untuk dapatkan rawatan alami.
HATI MANUSIA



Dalam konteks ini wujud dua keadaan di mana keadaan kesihatan sebelum datang ke Luqman Herbs Centre dan keadaan kesihatan selepas berjumpa kami di Luqman Herbs Centre. Apakah keadaa kesihatan organ dalaman dia sebelum dia datang kepada kami? Itu kami tidak tahu.Kami hanya memberikan rawatan dan syorkan tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu beliau untuk pulih berdasarkan kepada penyakit yang beliau ada.Sebagai contoh adalah penyakit Sopak, kita memberi herba-herba untuk memulihkan sopak tersebut tetapi sebelum dia datang ke Luqman Herbs Centre, dia sudah pun berjumpa dengan barisan doktor-doktor kimia yang telah memberikan beliau ubat-ubatan steroid dan ubat-ubatan makan.


Ada juga pesakit yang memberitahu saya bahawa doktor moden telah memberikan ubat yang telah dia cipta sendiri. Itu doktor moden ya bukan saya. Doktor tersebut mengakui dirinya Saintis dan sedang membuat kajian atas pesakit. Kami di Luqman Herbs Centre tidak kaji di atas pesakit. Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan kami adalah tetap dna sama selama 300 tahun, cumanya dalam bentuk yang berbeza. Jadi tuan puan, apakah tahap kesihatan organ dalaman badan anda yang telah anda mengambil rawatan kimia selama berpuluh tahun? Adakah anda periksa? Tiba-tiba anda datang ke Luqman Herbs Centre mengambil herba, mungkin organ dalaman anda telah pun mengalami kerosakkan pada masa itu. Ingat bahawa di Luqman herbs centre kami tidak menjual Ubat tetapi tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kesan terapeutik atas badan manusia tanpa apa-apa kesan sampingan. Keberangkaliannya, masalah organ telah wujud sebelum anda mengambil rawatan, tetapi terpacar dalam jangka masa makan herba di Luqman Herbs Centre. Adakah tumbuh-tumbuhan Luqman herbs centre yang menyebabkannya? 

Jadi pihak Luqman Herbs Centre ingin mengambil langkah dan telah menguatkuasakan langkah berjaga-jaga daripada kami dituduh sembarangan menyebabkan gejala-gejala yang pesakit itu sudah pun sedia ada. Oleh itu, kami wajibkan semua pesakit terutamanya pesakit kulit yang pernah sapu krim steroid atau mengambil rawatan kimia selama bertahun-tahun atau makan MTX untuk mengemukakan ujian LFT iaitu Liver Function Test.

 Fungsi melakukan Liver Function Test adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan Hati sebelum memulakan rawatan di Luqman Herbs Centre. Jika Organ Hati telah mengalami kerosakan akibatan daripada penggunaan ubat-ubatan Supplemen yang terlalu banyak atau Ubatan Kimia yang terlalu kuat dosnya maka pesakit tersebut perlu akui keadaan mereka yang telah pun rosak bahagian dalaman. Jika Organ Hati Normal dan bacaan juga optima maka pesakit boleh mulakan rawatan di Luqman Herbs Centre yang bebas dadah dan kimia mahupun pewarna dan perasa yang hanya menggunakan bahan alam semula jadi yang mempunyai sifat therapeutik kepada badan dan kesihatan. 

  Harga LIVER FUNCTION TEST DI BP LAB seluruh Malaysia adalah RM 48 sahaja.


Oleh itu saya meminta kerjasama semua pesakit dalam hal ini untuk kebaikkan dua-dua pihak. Sekian, terima kasih.


Vaidya (NDr) Luqman 

(Pengamal Perubatan AYURVEDA dan Pengasas LUQMAN HERBS CENTRE)






UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI LAMAN WEB KAMI HANYA DI
https://luqmanherbscentreo.wixsite.com/luqmanherbscentre    

Sebarang pertanyaan berkaitan artikel dan blog ini boleh hubungi/Whatsapp : +60102465160(Ms.Suha). 

Atau Hubungi kami di talian 03-89280715/ Whatsapp ke talian 012 9160037 (Admin Pusat Rawatan)

Comments